Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Lumba F1: Lewis Hamilton juara Grand Prix Monaco

Lewis Hamilton berjaya mengatasi tekanan sepanjang perlumbaan untuk meraih kemenangan F1 Grand Prix Monaco pada Ahad (26 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Lumba F1: Lewis Hamilton juara Grand Prix Monaco

Lewis Hamilton. (Gambar: AP Photo/Luca Bruno)

Diterbitkan : 27 May 2019 09:13AM Dikemas Kini : 27 May 2019 09:17AM

MONACO: Lewis Hamilton berjaya mengatasi tekanan sepanjang perlumbaan untuk meraih kemenangan F1 Grand Prix Monaco pada Ahad (26 Mei).

Juara bertahan dunia sebanyak lima kali itu dan pendahulu siri perlumbaan sekarang mengatasi saingan sengit daripada pemandu Red Bull Max Verstappen yang melintasi garisan penamat kurang sesaat kemudian. Beliau berkata, beliau berjaya mengatasi saingan pemandu Belanda itu dengan menampilkan semangat juang Niki Lauda.

Hamilton mengangkat topi keledar merahnya sebagai tanda hormat kepada juara tiga kali Austria dan pengerusi bukan eksekutif Mercedes itu yang meninggal dunia Isnin lalu.

Verstappen, yang terlibat dalam kemalangan dekat hentian pit semasa perlumbaan, berada di tangga keempat selepas dikenakan penalti lima saat. Ini membolehkan Sebastian Vettel naik ke tangga kedua untuk Ferrari dan pemandu Mercedes Valterri Bottas, di tempat ketiga.

“Itu perlumbaan paling sukar pernah saya lalui,” kata Hamilton. “Saya berjuang dengan semangat Niki. Beliau seorang yang berpengaruh dalam pasukan kami dan kami merinduinya.”

Rakan sepasukan Verstappen dari Red Bull, Piree Gasly menduduki tempat kelima, diikuti Carlos Sainz dari McLaren, Daniil Kvyat dan rakan sepasukannya dari Toro Rosso Alex Albon.

Daniel Ricciardo, pemenang tahun lalu bersama Red Bull, menduduki tempat sembilan untuk Renault, mendahului Romain Grosjean dari Haas.

Ia adalah kemenangan ketiga Hamilton di Monaco dan ke-77 dalam kerjayanya, sekali gus melebarkan jurang dengan pesaing terdekatnya, Bottas.

Kemenangan itu juga melanjutkan kemenangan pembukaan musim Mercedes kepada enam perlumbaan, tetapi menamatkan penguasaan kedudukan satu-dua pasukan itu.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan