Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Luka Modric Pemain Terbaik FIFA 2018

Pemain tengah kelab Sepanyol Real Madrid dari Croatia, Luka Modric, diumumkan sebagai Pemain Terbaik Persekutuan Persatuan Bola Sepak Dunia (FIFA) bagi 2018.

Anggaran Waktu Membaca:
Luka Modric Pemain Terbaik FIFA 2018

Pemain tengah Real Madrid dari Croatia, Luka Modric, diumumkan sebagai Pemain Terbaik FIFA 2018. (Gambar: John Sibley/Reuters)

Diterbitkan : 25 Sep 2018 08:09AM Dikemas Kini : 25 Sep 2018 08:16AM

LONDON: Pemain tengah kelab Sepanyol Real Madrid dari Croatia, Luka Modric, diumumkan sebagai Pemain Terbaik Persekutuan Persatuan Bola Sepak Dunia (FIFA) bagi 2018.

Majlis penyampaian anugerah itu berlangsung di London pada Isnin (24 Sep).

Antara pencapaian hebat Modric termasuk membantu pasukan Real Madrid merangkul gelaran juara Kejohanan Liga Juara-Juara Eropah, selain membantu Croatia mara ke perlawanan akhir semasa Piala Dunia yang lalu.

Croatia bagaimanapun tewas di tangan Perancis.

Modric yang membawa Croatia muncul sebagai naib juara Piala Dunia turut menewaskan seorang lagi calon akhir - pemain Liverpool dari Mesir, Mohamed Salah.

Turut tercalon ialah pemenang tahun lalu, Cristiano Ronaldo dari Portugal yang juga rakan sepasukan Modric.

Ini adalah kali pertama sejak 2007, Anugerah Pemain Terbaik Lelaki bukan milik Ronaldo atau Lionel Messi.

Gelaran Pemain Terbaik Wanita pula dirangkul oleh pemain Brazil, Marta. 

Sumber : Reuters/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan