Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Loh Kean Yew kalahkan pilihan utama dari Thai untuk ke final badminton

Pemain Singapura Loh Kean Yew mara ke peringkat akhir badminton lelaki perseorangan Sukan SEA setelah mengalahkan pemain pilihan utama dari Thailand Kantaphon Wangcharoen di Kompleks Sukan Muntinlupa di Manila pada Ahad (8 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Loh Kean Yew kalahkan pilihan utama dari Thai untuk ke final badminton

Loh Kean Yew (Gambar: Matthew Mohan)

Diterbitkan : 08 Dec 2019 10:55PM Dikemas Kini : 08 Dec 2019 10:59PM

NEW CLARK CITY: Pemain Singapura Loh Kean Yew mara ke peringkat akhir badminton lelaki perseorangan Sukan SEA setelah mengalahkan pemain pilihan utama dari Thailand Kantaphon Wangcharoen di Kompleks Sukan Muntinlupa di Manila pada Ahad (8 Dis).

Meskipun kalah pada set pertama 16-21, Loh bangkit untuk menewaskan lawannya 21-6, 21,9.

Pemain Thai itu kini menduduki tempat ke-13 dunia, manakala Loh, 21 tahun, berada di tempat ke-30.

Keputusan perlawanan hari ini bererti Loh akan memperbaiki rekod gangsa yang dikecapinya semasa Sukan SEA 2015.

Ini juga adalah kali pertama sejak 2007 seorang pemain perseorangan lelaki Singapura berjaya mara ke peringkat akhir badminton Sukan SEA.

Terus ikuti liputan meluas prestasi para atlit Singapura di Sukan SEA di empat saluran siaran langsung Toggle Mediacorp.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan