Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Liverpool ukir sejarah rekrut pemain 16 tahun Harvey Elliot

Sejarah baru tercipta di Liga Perdana. Liverpool secara rasminya melengkapkan perpindahan pemain muda berpotensi tinggi iaitu Harvey Elliot daripada Fulham. 

Anggaran Waktu Membaca:
Liverpool ukir sejarah rekrut pemain 16 tahun Harvey Elliot

Harvey Elliot. (Gambar: Ian Kington/AFP)

Diterbitkan : 28 Jul 2019 10:20PM Dikemas Kini : 29 Jul 2019 02:46AM

LONDON: Sejarah baru tercipta di Liga Perdana. Liverpool secara rasminya melengkapkan perpindahan pemain muda berpotensi tinggi iaitu Harvey Elliot daripada Fulham. Pemain berusia 16 tahun itu merupakan pemain termuda yang beraksi di Liga Perdana dengan melakukan tiga penampilan bersama skuad utama Fulham.

Menurut Elliot di laman Instagramnya, beliau cukup gembira berjaya menyertai kelab yang disokongnya sejak dari kecil.

“Ianya merupakan satu perasaan yang cukup hebat apabila secara rasminya saya bergelar pemain Liverpool. Untuk menyertai kelab yang saya sokong sejak kecil, ianya merupakan satu impian jadi kenyataan.”

Tidak mudah bagi Liverpool untuk mendapatkan khidmat Elliott.

The Reds harus bersaing dengan kelab-kelab raksasa Eropah, seperti Barcelona dan Paris Saint-Germain (PSG).

Elliot bakal menyarung jersi bernombor 67 untuk musim ini.

Beliau merupakan pembelian kedua Liverpool selepas Sepp Van Der Berg.

Sumber : AFP/SU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan