Images
  • liverpool
    (Gambar: AFP) 

Liverpool tumpas di tangan Sevilla 1-2

NEW YORK: Alejandro Pozo menjaringkan gol penentuan dalam kemenangan 2-1 Sevilla ke atas Liverpool di Boston pada Ahad (21 Jul), kekalahan yang lebih memeritkan buat juara Eropah itu apabila pemainnya Yassert Larouci terpaksa diusung keluar daripada perlawanan.

Pengurus Liverpool Jurgen Klopp berang dengan tindakan Joris Gnagnon mengasari Larouci pada minit ke-76. Gnagnon diberikan kad merah manakala Larouci terpaksa dikeluarkan selepas kepalanya terhantuk kuat di padang.

“Masih terlalu awal untuk saya memberi pendapat berkenaan situasi ini,” kata Klopp yang turut mengatakan Larouci bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan serius.

“Tetapi sudah tentu, perkara begini mengambil masa. Saya tidak tahu 100 peratus. Kelihatan seperti beliau bernasib baik tetapi saya hanya sempat bercakap sebentar dengan doktor dan itu yang beliau katakan, tetapi kita perlu tunggu.”

Meskipun pasukan La Liga itu beraksi 10 pemain, Liverpool masih gagal menambah jaringan dan Pozo menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-90 selepas mendapat hantaran daripada Munir El Haddadi dan melepasi penjaga gol Livepool Simon Mignolet.

- AFP/NA/na

Top