Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Liverpool tidak izinkan Salah sertai Mesir dalam saringan Piala Dunia

Liverpool enggan mengizinkan Mohamed Salah melakukan perjalanan ke Afrika untuk beraksi dalam perlawanan saringan Piala Dunia bersama dengan pasukan Mesir bulan depan dia akan terpaksa menjalani kuarantin sebaik tiba di England, menurut Persatuan Bola Sepak Mesir (EFA) pada Isnin (23 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Liverpool tidak izinkan Salah sertai Mesir dalam saringan Piala Dunia

Mohamed Salah tidak diizinkan berangkat ke Mesir untuk beraksi bagi pasukan negaranya dalam pusingan kelayakan Piala Dunia. (Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 24 Aug 2021 09:19AM Dikemas Kini : 24 Aug 2021 09:23AM

LONDON: Liverpool enggan mengizinkan Mohamed Salah melakukan perjalanan ke Afrika untuk beraksi dalam perlawanan saringan Piala Dunia bersama dengan pasukan Mesir bulan depan dia akan terpaksa menjalani kuarantin sebaik tiba di England, menurut Persatuan Bola Sepak Mesir (EFA) pada Isnin (23 Ogos).

Kelab-kelab Eropah yang lain juga dijangka akan melakukan perkara yang sama menjelang perlawanan kelayakan Piala Dunia di Afrika, Asia, rantau CONCACAF, Eropah dan Amerika Selatan dan ini berpotensi mencetuskan isu dengan FIFA.

Kenyataan dari EFA mendedahkan bahawa Liverpool sudah meminta maaf kerana tidak dapat membenarkan kapten Mesir itu pulang ke tanah airnya untuk perlawanan Kumpulan F menentang Angola di Kaherah pada 2 September dan satu lagi perlawanan di Gabon tiga hari kemudian.

"Persatuan Bola Sepak Mesir sudahpun menerima surat memohon maaf daripada Liverpool kerana pemainnya, Mohamed Salah tidak dapat menyertai pasukan kebangsaan bagi pusingan kelayakan Afrika bulan depan bagi Piala Dunia 2022.

"Surat kelab England itu merujuk kepada langkah-langkah berwaspada yang dilaksanakan di England bagi membendung penularan koronavirus yang memerlukan warga yang pulang dari sebilangan negara menjalani tempoh pengasingan wajib selama 10 hari sejurus tiba di England.

"Dalam surat itu, kelab England berkenaan juga meluahkan harapan agar Persatuan Bola Sepak Mesir memahami bahawa ia terpaksa berbuat demikian kerana pemain itu akan dikehendaki menjalani kuarantin," tambah kenyataan EFA.

Meskipun Liverpool tidak mengulas lanjut namun akhbar Liverpool Echo pada Isnin melaporkan bahawa Persatuan Kelab Eropah yang turut dianggotai oleh Liverpool sudahpun bersetuju untuk mengambil pendirian yang sama untuk tidak membenarkan para pemain mereka beraksi dalam perlawanan-perlawanan antarabangsa minggu depan sekiranya mereka perlu menjalani kuarantin apabila mereka pulang kelak.

Sumber : Reuters/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan