Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

"Liverpool tidak akan bahayakan nyawa pemain," tegas Jurgen Klopp

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berkata beliau tidak akan memaksa para pemainnya untuk turun padang apabila Liga Perdana England menyambung semula latihan melalui kumpulan kecil pada Rabu (20 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
"Liverpool tidak akan bahayakan nyawa pemain," tegas Jurgen Klopp

Pengurus pasukan Liverpool, Jurgen Klopp (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 21 May 2020 01:58PM Dikemas Kini : 21 May 2020 02:00PM

LONDON: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berkata beliau tidak akan memaksa para pemainnya untuk turun padang apabila Liga Perdana England menyambung semula latihan melalui kumpulan kecil pada Rabu (20 Mei).

Hanya dua kemenangan saja yang memisahkan pasukan pimpinan Klopp daripada gelaran juara EPL yang kali terakhir dijulang oleh pasukan tersebut sekitar 30 tahun yang lalu.

Enam kes positif COVID-19 dikesan pada pusingan pertama ujian yang dijalankan ke atas seramai 748 pemain dan kakitangan kelab bola sepak sebelum latihan disambung semula pada minggu ini.

Klopp menegaskan bahawa keutamaannya adalah kesihatan mereka yang terlibat.

Sungguhpun demikian, beliau percaya ia kini sudah selamat untuk para pemain kembali berlatih dalam fasa pertama.

"Kami tidak akan membahayakan sesiapa. Memang benar kami cinta bola sepak, memang ia adalah tugas kami, tapi ia tidak bermakna ia (bola sepak)lebih penting daripada nyawa orang lain," kata Klopp kepada Sky Sports.

"Dalam keadaan sebegini, jika anda rasa tidak selamat, anda tidak perlu berada di sini."

"Tiada sebarang sekatan, tiada hukuman, tiada apa-apa. Biar mereka membuat keputusan mereka sendiri dan kami menghormatinya 100 peratus."

Liga Bola Sepak Jerman (Bundesliga) menyambung semula perlawanan musim ini tanpa sebarang penonton pada hujung minggu lalu, sekali gus menjadi liga utama yang pertama di Eropah untuk berbuat demikian.

Sasaran EPL untuk kembali beraksi pada 12 Jun menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pemain mengenai kebajikan mereka di tengah-tengah ancaman virus COVID-19 dan juga kecederaan yang mungkin berlaku disebabkan oleh kurang persiapan sebelum liga tersebut disambung semula.

Sementara itu, Klopp menyambut baik langkah untuk menetapkan tarikh bagi menyambung semula persaingan EPL.

"Tiada siapa antara kita yang tahu bila ia akan disambung semula. Lebih awal mereka beritahu, sudah tentu ia lebih baik," katanya.

"Kita tidak boleh berlatih hari ini dan kemudian turun padang pada keesokan hari. Ia tidak semudah itu. Kita memerlukan masa untuk mengembalikan tahap kecergasan para pemain dan itulah yang kami sedang lakukan ketika ini."

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan