Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Liverpool tewaskan Wolverhampton 2-0

Liverpool berjaya mendahului Liga Perdana England selepas jaringan gol Mohamed Salah dan Virgil van Dijk membantu pasukan itu menumpaskan Wolverhampton Wanderers 2-0 semalam (21 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Liverpool tewaskan Wolverhampton 2-0

Mohamed Salah raikan gol pertama bersama Virgil van Dijk dalam perlawanan antara Liverpool dengan Wolverhampton Wanderers. (Gambar: Darren Staples/Reuters)

Diterbitkan : 22 Dec 2018 08:40AM Dikemas Kini : 22 Dec 2018 08:42AM

LONDON: Liverpool berjaya mendahului Liga Perdana England selepas jaringan gol Mohamed Salah dan Virgil van Dijk membantu pasukan itu menumpaskan Wolverhampton Wanderers 2-0 semalam (21 Dis).

Liverpool kini mengatasi Machester City dengan empat mata.

Manchester City, yang menduduki tempat kedua, bagaimanapun mampu merapatkan jurang itu jika ia mengalahkan Crystal Palace di Stadium Etihad pada malam ini (22 Dis).

Dalam perlawanan di Stadium Molineux, Liverpool mempamerkan prestasi hebat dan tidak menunggu lama untuk membuka jaringan apabila Salah menyudahkan hantaran Fabinho dengan menolak bola, menewaskan Rui Patricio pada minit ke-18.

Meskipun Liverpool memperlahankan sedikit rentak permainan dalam babak kedua, namun mereka tetap mengancam kubu lawan beberapa kali.

Salah mencipta gerakan menarik pada minit ke-68 untuk menghasilkan gol kedua Reds selepas hantarannya dijaringkan oleh van Dijk. 

Sumber : Reuters/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan