Liverpool tewaskan Brighton 1-0; Salah sempurnakan tendangan penalti
Liverpool mengekalkan kedudukan teratas liga dengan tujuh mata di hadapan selepas mengalahkan Brighton, 1-0.
ENGLAND: Liverpool mengekalkan kedudukan teratas liga dengan tujuh mata di hadapan selepas mengalahkan Brighton, 1-0.
Gol tunggal itu dijaringkan Mohamed Salah melalui satu tendangan penalti.
Ini adalah jaringan Salah yang ke14 dalam Liga, sekaligus menjadikan penyerang Mesir itu terikat sama dengan Harry Kane dan Pierre-Emerick Aubameyang sebagai penjaring terbanyak buat masa ini.
Sementara itu di London, West Ham mencatat kemenangan mengejut selepas mengalahkan Arsenal, 1-0.
Jaringan pemain midfield Declan Rice secara langsung menghambat impian Arsenal untuk menduduki tangga empat teratas liga.
Arsenal kekal di kedudukan kelima.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.