Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Liverpool tersingkir dari Piala Liga England

Liverpool tersingkir selepas tewas di padang sendiri di tangan Chelsea.

Anggaran Waktu Membaca:
Liverpool tersingkir dari Piala Liga England

(Gambar: Rui Vieira/AP)

Diterbitkan : 27 Sep 2018 07:19PM Dikemas Kini : 27 Sep 2018 10:12PM

ENGLAND: Liverpool tersingkir selepas tewas di padang sendiri di tangan Chelsea.

Pasukan tuan rumah membuka tirai jaringan sebelum minit ke-60 menerusi Daniel Sturridge.

Tetapi 20 minit kemudian, Chelsea berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan Emerson Palmieri.

Dan pada minit ke-85, Eden Hazard meletakkan Chelsea dalam kedudukan selesa 1-2, sekali gus menyingkirkan Liverpool daripada pertandingan.

Dalam satu lagi perlawanan, Tottenham Hotspur mendahului Watford 2-1 hasil jaringan Dele Alli dalam masa lima minit.

Watford bagaimanapun menyamakan kedudukan tiga minit kemudian.

Apabila perlawanan terpaksa ditentukan menerusi tendangan penalti, Dele Alli menjadi wira Spurs menyumbang kepada kemenangan 4-2 untuk pasukan tuan rumah.

Sumber : CNA/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan