Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Liverpool terpaksa bekerja keras selepas seri dengan Napoli di padang sendiri

Liverpool memang gemar menyukarkan diri sendiri, akur Jurgen Klopp selepas keputusan seri 1-1 menentang Napoli memaksa juara Eropah itu perlu lebih bekerja keras untuk melayakkan diri ke kelompok 16 Liga Juara-Juara.

Anggaran Waktu Membaca:
Liverpool terpaksa bekerja keras selepas seri dengan Napoli di padang sendiri

Dejan Lovren (kiri) menandukkan gol di Anfield untuk seri 1-1 dengan Napoli. (Gambar: AFP/Oli SCARFF)

Diterbitkan : 28 Nov 2019 08:43AM Dikemas Kini : 28 Nov 2019 08:47AM

LIVERPOOL: Liverpool memang gemar menyukarkan diri sendiri, akur Jurgen Klopp selepas keputusan seri 1-1 menentang Napoli memaksa juara Eropah itu perlu lebih bekerja keras untuk melayakkan diri ke kelompok 16 Liga Juara-Juara.

Anak buah Klopp harus mengelak kekalahan di Salzburg pada 10 Disember bagi menjamin tempat mereka di pusingan kalah mati.

Dries Mertens hampir memberi kekalahan pertama kepada Liverpool di padang sendiri dalam saingan Liga Juara-Juara atau Liga Perdana England sejak April 2017 dengan jaringan pembukaan pada pertengahan separuh masa pertama.

Bagaimanapun, tandukan Dejan Lovren mengekalkan kedudukan tanpa kalah pasukan itu. Namun selepas banyak gol yang dijaringkan pada minit-minit akhir dalam Liga Perdana musim ini, tiada kegembiraan seumpama itu bagi tuan rumah kali ini.

"Cara kami selalu melalui jalan yang sukar," kata Klopp,

"Kami perlu ke Salzburg. Sekiranya kami sudah melayakkan diri malam ini, kami tetap akan ke sana untuk menang dan kami akan melakukan perkara yang sama sekarang."

Napoli kekal satu mata di belakang Liverpool, tetapi juga berada dalam kedudukan selesa untuk layak ke pusingan kalah mati apabila menentang Genk di padang sendiri, dua minggu lagi.

"Tidak mudah untuk meraih keputusan seri di sini. Kami amat tertekan dan mula bertahan dengan terlalu banyak, tetapi tiada cara lain untuk tidak dibaham di Anfield," kata pengurus Napoli Carlo Ancelotti.

Keputusan-keputusan UEFA Champions League:

Genk (BEL) 1 Salzburg (AUT) 4

Liverpool (ENG) 1 Napoli (ITA) 1

Barcelona (ESP) 3 Borussia Dortmund (GER) 1

Slavia Prague (CZE) 1 Inter Milan (ITA) 3

RB Leipzig (GER) 2 Benfica (POR) 2

Zenit Saint Petersburg (RUS) 2 Lyon (FRA) 0

Lille (FRA) 0 Ajax (NED) 2

Valencia (ESP) 2 Chelsea (ENG) 2

Sumber : AFP/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan