Images
  • liverpool vs aston villa 6 jul
    Curtis Jones jaringkan gol kedua Liverpool terhadap Aston Villa pada 5 Jul 2020 (Gambar: REUTERS/Carl Recine)

Liverpool pertahan rekod bersih padang sendiri; tewaskan Aston Villa 2-0

LIVERPOOL: Juara Liga Perdana England (EPL) Liverpool berjaya meraih 17 kemenangan dalam 17 perlawanan di padang sendiri Anfield setelah menumpaskan Aston Villa 2-0 dalam perlawanan EPL pada Ahad (5 Jul).

Setelah dibelasah 4-0 oleh Manchester City pada Khamis, anak didik Juergen Klopp pada awalnya mengalami kesukaran untuk membolosi gawang Villa.

Namun Sadio Mane berjaya memecahkan kebuntuan pada minit ke-71, menyempurnakan hantaran dari Naby Keita dengan satu rembatan kencang.

Pemain simpanan Curtis Jones menggandakan jurang gol, seminit sebelum wisel penamat, dengan pemain 19 tahun itu menjaringkan gol hasil tandukan Mohamed Salah.

Villa masih menduduki antara tangga paling corot, dengan pungutan hanya 27 mata di tangga ke-18 liga.

- Reuters/TQ/tq

Top