Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Liverpool pertahan kejuaraan liga perdana menentang Leeds dalam perlawanan pertama

Liverpool akan mempertahankan gelaran juara Liga Perdana, bermula pada 12 September di Anfield, menurut jadual perlawanan musim baru. Mereka akan menentang Leeds United yang kembali ke liga tersebut setelah 16 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Liverpool pertahan kejuaraan liga perdana menentang Leeds dalam perlawanan pertama

Liga Perdana - Liverpool lawan Chelsea. (Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 20 Aug 2020 06:52PM Dikemas Kini : 20 Aug 2020 06:54PM

REUTERS: Liverpool akan mempertahankan gelaran juara Liga Perdana, bermula pada 12 September di Anfield, menurut jadual perlawanan musim baru. Mereka akan menentang Leeds United yang kembali ke liga tersebut setelah 16 tahun.

Manchester City dan Manchester United tidak akan bermain dalam sebarang perlawanan liga itu sehingga 19 September, setelah diberi jaminan 30 hari rehat setelah tamat musim Eropah mereka.

City dijadualkan membuka tirai musim mereka dengan perlawanan menentang Aston Villa manakala United pula berdepan dengan Burnley namun perlawanan-perlawanan tersebut akan ditunda.

United kini akan memulakan musim ini di padang Crystal Palace pada 19 September, menurut senarai perlawanan yang dikeluarkan oleh liga tersebut pada Khamis (20 Ogos), dan City pula akan ke Wolverhampton Wanderers untuk perlawanan pembukaan mereka pada hari yang sama.

Mikel Arteta akan memulakan musim penuh pertamanya memimpin Arsenal bagi perlawanan menentang Fulham yang baru dinaikkan ke Liga Perdana England, manakala pesaing dari utara London, Tottenham Hotspur akan menjadi tuan rumah kepada Everton dalam perlawanan pembukaan pada hujung minggu yang dinanti-nantikan.

Perlawanan pembukaan Chelsea dan Wolverhampton Wanderers dijadualkan pada 14 September, dengan pasukan Blues melawat ke Brighton & Hove Albion dan Wolves mengunjungi Sheffield United.

Pasukan Juergen Klopp akan melakukan perjalanan ke Chelsea untuk perlawanan kedua mereka musim ini sebelum menjadi tuan rumah kepada juara Piala FA, Arsenal.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan