Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Liverpool masih dalam 'keadaan sebelum musim': Klopp

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berkata pasukannya masih berada dalam suasana pra musim biarpun sudah meraih empat perlawanan Liga Perdana England ketika ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Liverpool masih dalam 'keadaan sebelum musim': Klopp

Pengurus pasukan Liverpool, Jurgen Klopp (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 06 Sep 2018 12:59PM Dikemas Kini : 06 Sep 2018 01:09PM

LONDON: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berkata pasukannya masih berada dalam suasana pra musim biarpun sudah meraih empat perlawanan Liga Perdana England ketika ini.

Utusan Online melaporkan pasukan 'The Reds' itu memulakan kempen musim ini tanpa kekalahan biarpun kebanyakan pemain mereka baru bersama selepas tidak menyertai kelab itu sewaktu aksi pra-musim kerana Piala Dunia.

Menurut Utusan Online lagi, Klopp meletakkan pemain mereka ke dalam latihan berganda bagi mendapatkan prestasi terbaik agar dapat memulakan musim ini dengan cemerlang.

“Pemain masih belum berada di tahap terbaik mereka lagi.

“Ini kerana kami masih di peringkat awal musim lagi dan itu adalah sesuatu yang biasa," kata pengurus kelab tersebut seperti dinukil Utusan Online.

“Semua pasti tahu bahawa kami mempunyai banyak tugasan yang harus dilakukan dan apabila anda memenangi empat perlawanan pasti bunyinya amat gila namun ia masih sebahagian daripada pra-musim buat kami,” kata Klopp lagi. 

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan