Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Liverpool kekal rekod setahun tanpa kalah selepas atasi Sheffield Utd

Jurgen Klopp memuji kelakonan Liverpool yang "luar biasa" setelah pasukan itu menamatkan tahun 2019 tanpa kekalahan di Liga Perdana England apabila menewaskan Sheffield United 2-0 pada Khamis (2 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Liverpool kekal rekod setahun tanpa kalah selepas atasi Sheffield Utd

Pemain Liverpool Mohamed Salah (kanan) beraksi dalam perlawanan menentang Sheffield Utd pada 2 Jan (Gambar: Paul Ellis/AFP)

Diterbitkan : 03 Jan 2020 08:22AM Dikemas Kini : 03 Jan 2020 08:26AM

LIVERPOOL: Jurgen Klopp memuji kelakonan Liverpool yang "luar biasa" setelah pasukan itu menamatkan tahun 2019 tanpa kekalahan di Liga Perdana England apabila menewaskan Sheffield United 2-0 pada Khamis (2 Jan).

Anak didik Klopp kini mendahului 13 mata di hadapan pasukan tempat kedua, Leicester, hasil tendagan gol penyerang dari Mesir, Mohamed Salah dan pemain bahagian sayap dari Senegal, Sadio Mane di Anfield.

Kemenangan ke-19 dalam 20 perlawanan liga musim ini menamatkan tempoh 12 bulan yang cemerlang bagi Liverpool sedang mereka mencapai puncak prestasi.

The Reds tidak pernah mengalami kekalahan dalam 37 perlawanan liga sejak mereka ditundukkan Manchester City pada 3 Januari 2019 dan peluang mereka menjulang takhta Inggeris itu buat pertama kali sejak 1990 hampir pasti.

Dengan satu lagi perlawanan di dalam tangan untuk mengukuhkan kedudukan, adalah amat sukar untuk merampas piala dari tangan Liverpool.

"Ia menunjukkan banyak perkara positif. Saya tiada ungkapan, ia amat luar biasa," kata Klopp.

"Saya sangat gembira dan bangga terhadap para pemain. Namun kami tidak boleh bersikap sambil lewa."

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan