Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Liverpool julang mahkota EPL; tewaskan Chelsea 5-3

Liverpool menewaskan Chelsea 5-3 di Anfield pada Rabu (22 Jul) bagi memastikan juara baru Liga Perdana England (EPL) itu berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah di padang sendiri pada musim ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Liverpool julang mahkota EPL; tewaskan Chelsea 5-3

Liga Perdana - Liverpool lawan Chelsea. (Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 23 Jul 2020 08:45AM Dikemas Kini : 23 Jul 2020 08:55AM

LIVERPOOL: Liverpool menewaskan Chelsea 5-3 di Anfield pada Rabu (22 Jul) bagi memastikan juara baru Liga Perdana England (EPL) itu berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah di padang sendiri pada musim ini.

Naby Keita membuka tirai jaringan bagi Liverpool pada minit ke-23 dan 15 minit kemudian, Trent Alexander-Arnold menambah jaringan pasukan tuan rumah melalui tendangan percuma.

Lagi tiga gol Liverpool dijaringkan oleh Georginio Wijnaldum pada minit ke-43, Roberto Firmino (55 minit) dan Alex Oxlade-Chamberlain, enam minit sebelum perlawanan berakhir.

Gol-gol Chelsea pula dijaringkan oleh Olivier Giroud, Tammy Abraham dan Christian Pulisic.

Dalam satu lagi perlawanan yang berlangsung pada awal pagi tadi, pasukan tuan rumah Manchester United hanya mampu mencatat keputusan seri 1-1 dengan West Ham yang kini dipimpin oleh bekas pengurus United, David Moyes.

Michail Antonio menjaringkan gol West Ham dalam masa tambahan separuh masa pertama.

Gol penyamaan United dijaringkan oleh penyerang muda Mason Greenwood pada minit ke-51.

Dengan keputusan seri ini, United menduduki tangga ketiga EPL, satu mata di hadapan Leicester City yang akan menentang United di King Power Stadium pada Ahad ini.

Sumber : Reuters/AW/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan