Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Liverpool juara Piala Super UEFA

Penjaga gol simpanan Adrian muncul sebagai wira apabila kejayaannya menafikan sepakan penalti Tammy Abraham membolehkan Liverpool menewaskan Chelsea 5-4 dalam penentuan penalti, sekali gus memenangi Piala Super UEFA selepas permainan tamat 2-2 di Istanbul.

Anggaran Waktu Membaca:
Liverpool juara Piala Super UEFA

(Gambar: AP Photo/Thanassis Stavrakis)

Diterbitkan : 15 Aug 2019 08:17AM Dikemas Kini : 15 Aug 2019 08:20AM

ISTANBUL: Penjaga gol simpanan Adrian muncul sebagai wira apabila kejayaannya menafikan sepakan penalti Tammy Abraham membolehkan Liverpool menewaskan Chelsea 5-4 dalam penentuan penalti, sekali gus memenangi Piala Super UEFA selepas permainan tamat 2-2 di Istanbul.

Kesemua sepakan penalti berjaya disempurnakan sebelum Mohamed Salah mengambil sepakan kelima Liverpool di padang Besiktas itu. Pemain gantian Abraham kemudian menyaksikan sepakannya diselamatkan Adrian, pemain yang baru ditandatangani ketika musim panas dan mendapat peluang beraksi akibat kecederaan Allison Becker.

Ia adalah kemenangan keempat Liverpool dalam perlawanan ini. Kali terakhir ia memenanginya adalah pada tahun 2005 selepas kejayaan Liga Juara-Juara sebelumnya, juga di Istanbul.

Kini mereka sudah mengumpul 13 kejuaraan Eropah, dan mengharapkan untuk kembali ke Istanbul bagi aksi peringkat akhir Liga Juara-Juara musim ini.

Sadio Mane yang merupakan pemain handal Liverpool memastikan perlawanan berakhir 1-1 pada masa 90 minit.

Mane kemudian meletakkan pasukan kendalian Jurgen Klopp di depan pada minit ke-95 sebelum pengadil Stephanie Frappart memberikan sepakan penalti kepada Chelsea selepas Abraham dijatuhkan Adrian. Jorginho menyempurnakan sepakan untuk mengikat Liverpool 2-2.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan