Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Liverpool, Chelsea rebut Piala Super UEFA

Jurgen Klopp mahu Liverpool menjadikan tabiat memenangi kejuaraan sebagai suatu budaya pasukan itu apabila anak didiknya kembali ke Istanbul.

Anggaran Waktu Membaca:
Liverpool, Chelsea rebut Piala Super UEFA

Jurgen Klopp. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 13 Aug 2019 01:57PM Dikemas Kini : 13 Aug 2019 02:01PM

ISTANBUL: Jurgen Klopp mahu Liverpool menjadikan tabiat memenangi kejuaraan sebagai suatu budaya pasukan itu apabila anak didiknya kembali ke Istanbul –bandar yang pernah menjadi saksi kepada kegemilangan pasukan itu – apabila bertarung dengan pesaing Liga Perdana England Chelsea dalam perlawanan Piala Super UEFA pada Rabu (14 Ogos).

Kelab dari Anfield itu menewaskan AC Milan dalam penentuan penalti untuk memenangi Liga Juara-Juara Eropah di Turki pada tahun 2005, dan kini berdepan Chelsea selepas menjadi juara Eropah buat kali keenam Jun lalu.

Perlawanan pembuka tirai musim Eropah itu mungkin tidak begitu dipandang serius oleh banyak pihak, tetapi kedua-dua kelab pasti mahu mengambil peluang ini untuk menambah koleksi piala masing-masing. Malah Liverpool baru saja menamatkan kemarau piala selama tujuh tahun manakala Frank Lampard pula mahu memulakan kerjayanya sebagai pengurus baru Chelsea dengan cemerlang.

Kelab-kelab itu sudah muncul juara sebanyak empat kali, tetapi 10 pemenang terakhir Piala Super adalah kelab-kelab Sepanyol.

Dalam pada itu, Stephanie Frappart akan mencipta sejarah dengan menjadi pengadil wanita pertama untuk mengendalikan perlawanan lelaki dalam pertandingan utama Eropah.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan