Liverpool berminat lanjutkan kontrak Jurgen Klopp
Pasukan Liverpool melahirkan hasrat untuk melanjutkan kontrak Jurgen Klopp menyusuli kemenangan kelab itu di temasya Liga Juara-Juara baru-baru ini, lapor agensi berita BBC.
LIVERPOOL: Pasukan Liverpool melahirkan hasrat untuk melanjutkan kontrak Jurgen Klopp menyusuli kemenangan kelab itu di temasya Liga Juara-Juara baru-baru ini, lapor agensi berita BBC.
Sehingga 750,000 penyokong menyambut kepulangan pengurus Liverpool itu - yang kontraknya tamat pada 2022 - dan para pemain pada Ahad (2 Jun) setelah mengalahkan Tottenham Hotspur 2-0 di Madrid.
Klopp, 51 tahun, juga menerajui kempen Liverpool bagi Liga Perdana England yang menyaksikan pasukan itu kalah hanya dalam satu perlawanan. Secara keseluruhannya, ia menduduki tempat kedua dengan meraih 97 mata.
"Jurgen seorang jurulatih yang cemerlang tetapi yang penting juga beliau seorang yang rendah diri dan penyayang," kata pengerusi Tom Werner.
"Apabila para pemain melambung-lambungkan Jurgen ke udara selepas kemenangan kami, mereka mengiktiraf apa yang diketahui semua peminat Liverpool - beliau seorang yang disayangi oleh semua yang menghargai sukan bola sepak."
Perarakan menyambut kepulangan pasukan Liverpool menyusuli kemenangan Liga Juara-Juara 2019. (Gambar: AFP/Oli Scarff)
Piala Liga Juara-Juara itu adalah kemenangan utama pertama sejak Klopp tiba di Anfield pada 2015 dan pengurus itu berkata, beliau kagum dengan kehadiran para penyokong yang begitu ramai semasa perarakan kemenangan di bandar Liverpool, menurut laporan BBC.
"Saya tidak tahu berapa jumlah tepat penduduk Liverpool tetapi kelihatan seperti tiada banyak ruang bagi penyokong kelab-kelab lain," kata Klopp kepada LFC TV.
"Ini luar biasa. Jika kamu seorang anak muda, pasaukan mana yang kamu sokong? Tidak ada banyak peluang atau pilihan selain Liverpool. Kamu lihat di mata mereka betapa berertinya kemenangan itu."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.