Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Liverpool belum tandingi pasukan terhebat dalam sejarah Man U, kata Solskjaer

Pengurus Manchester United Ole Gunnar Solskjaer tidak akan mengakui Liverpool sebagai pasukan terhebat Liga Perdana England sehinggalah piala benar-benar di tangan mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Liverpool belum tandingi pasukan terhebat dalam sejarah Man U, kata Solskjaer

Ole Gunnar Solskjaer. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 19 Jan 2020 08:08PM Dikemas Kini : 19 Jan 2020 08:10PM

MANCHESTER: Pengurus Manchester United Ole Gunnar Solskjaer tidak akan mengakui Liverpool sebagai pasukan terhebat Liga Perdana England sehinggalah piala benar-benar di tangan mereka.

Beliau bertegas penghormatan tersebut hanya layak diberikan kepada pasukan United di bawah pimpinan Alex Ferguson apabila mereka menjulang tiga piala pada 1999.

Solskjaer pada tahun itu menjaringkan gol lewat bagi kemenangan ke atas Bayern Munich dalam Liga Juara-Juara di akhir musim terhebat United.

Sementara itu Liverpool di bawah pimpinan Jurgen Klopp kini juga sedang mengukir musim bersejarah, mendahului carta Liga Perdana dengan jurang mata yang luas sedang ia hampir menggenggam kejuaraan England pertama mereka sejak 1990.

Liverpool juga kekal dalam kejuaraan piala FA dan akan menentang Atletico Madrid bagi 16 pasukan terakhir sedang mereka mempertahankan kedudukan Liga Juara-Juara mereka.

Bagaimanapun Solskjaer berpendirian bahawa Liverpool perlu membuktikan keupayaan untuk menang tahun demi tahun sebelum dapat dianggap setanding dengan pasukan-pasukan terhebat United.

"Pada pandangan saya pasukan 1999 adalah yang terbaik, namun kita lihat nanti di hujung musim," kata Solskjaer.

"Tahun itu menunjukkan kami sebagai sebuah pasukan boleh menangani tiga kejuaraan. Ia musim yang hebat, pasukan hebat, setiap personaliti, rasa keakraban.

"Saya pasti Liverpool juga boleh memenangi ketiga-tiga kejuaraan, jadi saya tidak akan kata ya atau tidak. Namun kita lihat nanti pada Mei.

"Anda perlu lakukannya berulang kali dan Sir Alex (Ferguson) satu-satunya pengurus yang berjaya melakukannya tiga kali.

"Beliau mempunyai cara hebat untuk memberi kami motivasi dan mempersiapkan kami. Cara yang membuat kami tidak terlalu taksub pada piala dan terus gerak ke hadapan setelah memenanginya."

LEBIH YAKIN LEPAS SERI 1-1 PADA OKTOBER

Perlawanan yang berakhir seri 1-1 antara kedua-dua pasukan di Old Trafford pada Oktober adalah satu-satunya perlawanan Liga Perdana yang tidak dimenangi Liverpool pada musim ini setakat ini.

Kedua-dua pihak akan berentap sekali lagi pada Ahad (19 Jan) di Anfield, dan Solskjaer melahirkan rasa keyakinan berdasarkan bagaimana United tidak kalah pada Oktober itu sedangkan mereka ketika itu menunjukkan prestasi teruk.

"Kali terakhir kami berhadapan dengan mereka, kami menghadapi banyak cabaran dari keliling," kata Solskjaer.

"Kami tidak sedar ketika itu tapi kami hanya satu mata melebihi tempat ketiga paling corot.

"Para pemain tentunya menghadapi banyak tekanan, namun kami tidak memikirkan tentang itu, dan saya rasa mereka dapat menangani perlawanan dengan hebat. Dan kini, kami pastinya lebih yakin."

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan