Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Litar Silverstone pikat penonton F1 tertinggi pada 2019

Grand Prix British di Silverstone memikat jumlah penonton tertinggi bagi musim perlumbaan Formula One (F1) tahun ini, menurut data yang dikeluarkan pada Khamis (19 Dis) dengan lebih ramai penonton secara keseluruhannya menyaksikan perlumbaan F1 pada tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Litar Silverstone pikat penonton F1 tertinggi pada 2019

Pelumba kereta Mercedes Lewis Hamilton beraksi dalam satu perlumbaan. (Gambar fail: John Sibley/REUTERS)

Diterbitkan : 20 Dec 2019 09:14PM Dikemas Kini : 20 Dec 2019 09:18PM

LONDON: Grand Prix British di Silverstone memikat jumlah penonton tertinggi bagi musim perlumbaan Formula One (F1) tahun ini, menurut data yang dikeluarkan pada Khamis (19 Dis) dengan lebih ramai penonton secara keseluruhannya menyaksikan perlumbaan F1 pada tahun ini.

Dalam kenyataannya, F1 menyatakan bahawa tiga perlumbaan yang menyaksikan lebih 300,000 penonton bagi perlumbaan hujung minggu itu adalah Silverstone dengan 351,000 penonton yang kemudian disusuli oleh Mexico (345,694) dan Melbourne (324,100).

Perlumbaan F1 biasanya berlangsung dari sesi latihan pada Jumaat hingga perlumbaan sebenar pada hari Ahad.

Menurut pemilik sukan tersebut, Liberty Media, lebih empat juta (4,164,948) menonton sekurang-sekurangnya satu perlumbaan, naik 1.75 peratus berbanding tahun lalu di mana terdapat sebanyak 21 perlumbaan F1.

Pertumbuhan pada tahun ini diraih meskipun litar perlumbaan Suzuka di Jepun terpaksa ditutup pada Sabtu disebabkan oleh taufan.

Secara purata, sekitar 202,146 orang menonton perlumbaan F1.

Pada tahun depan pula, F1 dijangka akan mencipta satu rekod baru dengan sebanyak 22 perlumbaan.

Meskipun Jerman tidak lagi akan disertakan dalam kalendar F1 pada tahun depan, perlumbaan di Vietnam dan Belanda dijangka akan menjana ramai penonton.

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan