Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Liputan Sukan Komanwel 2018 akan disiarkan di Okto dan Toggle secara percuma

Para penonton di Singapura boleh menikmati lebih 550 jam aksi sukan dari Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, apabila ia bermula bulan depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Liputan Sukan Komanwel 2018 akan disiarkan di Okto dan Toggle secara percuma

(Gambar: Gold Coast 2018 Commonwealth Games)

Diterbitkan : 21 Mar 2018 07:59PM Dikemas Kini : 21 Mar 2018 08:03PM

SINGAPURA: Para penonton di Singapura boleh menikmati lebih 550 jam aksi sukan dari Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, apabila ia bermula bulan depan.

Mediacorp akan menayangkan aksi-aksi sukan itu menerusi saluran Okto dan Toggle secara percuma dari 4 hingga 15 April.

Toggle akan menawarkan liputan menyeluruh Sukan Komanwel 2018 menerusi tujuh saluran siaran langsung.

Liputan tersebut akan tertumpu kepada para wakil Singapura di temasya sukan di Australia itu.

Turut dibawakan kelak ialah perkembangan terkini dan hasil kutipan pingat setiap hari di saluran-saluran berita Mediacorp, termasuk wadah-wadah radio dan digital.  

Sumber : CNA/AA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan