Images
  • New Document (13)

Liputan Piala Dunia guna Realiti Maya, pertama kali di S'pura

SINGAPURA: Hanya tinggal 24 hari sebelum Piala Dunia FIFA 2018 bermula di Rusia.

Bermula 15 Jun, anda boleh menyaksikan aksi perlawanannya di Singapura, disertai dengan rancangan studio secara langsung "Match Day".

Ia akan membawa lebih daripada 200 jam liputan Piala Dunia secara langsung, termasuk semua aksi perlawanan dan analisis pakar dari semua 64 perlawanan.

Dibawakan secara bersama oleh Mediacorp, Starhub dan Singtel, buat pertama kalinya Realiti Maya juga digunakan di Singapura untuk liputan sukan. Acara tersebut juga menampilkan penyampai Primetime Asia Steve Lai sebagai hos.

Para penonton boleh mendapatkan pandangan dari bekas pemain antarabangsa England, Darren Anderton serta legenda bola sepak Liverpool, Ian Rush.

Bekas pemain antarabangsa tempatan R Sasikumar dan Paul Masefield juga akan membantu menganalisa aksi bola sepak.  

- CNA/NU/nk

Top