Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Lion City Sailors julang Liga Perdana S'pura 2021; juara tempatan pertama sejak 2014

Lion City Sailors muncul juara Liga Perdana Singapura (SPL) pada Ahad (10 Okt) sekali gus menjadi kelab bola sepak tempatan pertama dinobat juara Liga itu sejak 2014.

Anggaran Waktu Membaca:
Lion City Sailors julang Liga Perdana S'pura 2021; juara tempatan pertama sejak 2014

(Gambar: Facebook/Lion City Sailors)

Diterbitkan : 10 Oct 2021 09:33PM Dikemas Kini : 10 Oct 2021 09:34PM

SINGAPURA: Lion City Sailors muncul juara Liga Perdana Singapura (SPL) pada Ahad (10 Okt) sekali gus menjadi kelab bola sepak tempatan pertama dinobat juara Liga itu sejak 2014.

Kedua-dua kelab Lion City Sailors dan Albirex Niigata memulakan persaingan hujung minggu ini terikat dengan markah yang sama, meskipun Sailors mendahului dari segi perbezaan gol.

Lion City Sailors akhirnya menang 4-1 ke atas Balestier Khalsa di Stadium Jalan Besar, dengan gol dijaringkan oleh Song Ui-young, Diego Lopes dan sumbangan berganda dari Gabriel Quak.

Albirex pula seri 4-4 menentang Tanjong Pagar United di Stadium Jurong East.

Ini bermakna Sailors mencatat 48 mata, dua mata di hadapan Albirex, yang gagal mempertahankan mahkota mereka dari musim lalu.

Kali terakhir sebuah kelab bola sepak tempatan menjulang SPL adalah Warriors FC pada 2014. Sejak itu, Brunei DPMM memenangi kejuaraan pada 2015 dan 2019 dengan Albirex mengangkat trofi pada 2016, 2017, 2018 dan 2020.

Lion City Sailors, yang sebelum ini dikenali sebagai Home United, diambil alih pada Februari 2020 oleh firma teknologi tempatan Sea.

SPL kali ini merupakan musim keempat liga bola sepak profesional negara itu sejak ia ditukar nama dari Liga S. 

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan