Liga Super Wanita FA: Gol lewat Weir bantu Man City tewaskan Man United 3-0
Pemain tengah dari Scotland, Caroline Weir menjaringkan gol luar biasa ketika Manchester City mengalahkan Manchester United 3-0 untuk mengatasi pesaing mereka di tangga kedua dalam Liga Super Wanita FA pada Jumaat malam (12 Feb).
REUTERS: Pemain tengah dari Scotland, Caroline Weir menjaringkan gol luar biasa ketika Manchester City mengalahkan Manchester United 3-0 untuk mengatasi pesaing mereka di tangga kedua dalam Liga Super Wanita FA pada Jumaat malam (12 Feb).
Pemain 'full back' Lucy Bronze memberikan City gol pendahuluan di pertengahan separuh masa pertama sedang United gagal menyempurnakan tendangan sudut, dengan Bronze kemudian menendangnya membolosi para pemain. Lauren Hemp menambah gol kedua buat pasukan tuan rumah pada minit ke-71.
City menjaringkan satu lagi gol dengan Weir menendang bola di luar kotak penalti dan membolosi penjaga gawang Mary Earps pada minit ke-84 untuk menjaminkan pungutan tiga mata.
Kemenangan itu meletakkan City di tangga kedua dengan 33 mata, dua mata di belakang pendahulu liga Chelsea selepas 14 perlawanan. Kekalahan kedua berturut-turut United bermakna pasukan itu jatuh ke tangga ketiga dengan 32 mata daripada 15 perlawanan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.