Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Liga S tukar nama kepada Liga Perdana S’pura, cuba pikat lebih ramai peminat

Selepas 22 tahun ditubuhkan, liga bola sepak profesional Singapura akan bertukar nama sebagai sebahagian daripada usahanya untuk merancakkan semula landskap bola sepak tempatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Liga S tukar nama kepada Liga Perdana S’pura, cuba pikat lebih ramai peminat

Gambar: Noor Farhan

Diterbitkan : 22 Mar 2018 08:17AM Dikemas Kini : 22 Mar 2018 08:22AM

SINGAPURA: Selepas 22 tahun ditubuhkan, liga bola sepak profesional Singapura akan bertukar nama sebagai sebahagian daripada usahanya untuk merancakkan semula landskap bola sepak tempatan.

Liga S kini akan dikenali sebagai Liga Perdana Singapura (SPL), menurut Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) semalam (21 Mac).

“Jenama Liga Perdana Singapura mengedepankan konteks tempatan sambil menekankan bahawa liga tersebut adalah untuk rakyat Singapura, oleh rakyat Singapura,” kata Presiden FAS Lim Kia Tong semasa merasmikan logo baru liga berkenaan di Hab Sukan Singapura.

Selain kuota pemain muda yang dikenakan ke atas pasukan-pasukan tempatan musim ini, SPL bertujuan untuk memikat lebih ramai peminat.

“Salah satu perkara yang akan kami lakukan musim ini adalah mempertingkatkan beberapa prasarana di stadium-stadium kami,” kata Naib Presiden FAS Edwin Tong.

“Itu dari segi luaran, tetapi dari segi pendekatan halus, kami ingin merapatkan lagi jurang antara kelab-kelab dengan sekolah-sekolah,” tambahnya.

“Kami ingin menerapkan ciri-ciri di mana sebelum perlawanan berlangsung, pasukan-pasukan sekolah daripada kelab kerabat akan menentang antara satu sama lain sebelum perlawanan liga bermula. Apabila sekolah-sekolah hadir, ibu bapa, pakcik dan makcik juga akan tertarik untuk datang menyokong dan kami ingin memupuk minat masyarakat.”

Encik Tong turut mendedahkan bahawa lebih banyak kelab akan mendapat peluang beraksi dalam perlawanan liga musim ini di Stadium Negara sebagai sebahagian daripada kerjasama FAS dengan Hab Sukan Singapura. 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan