Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Liga Perdana tolak pembelian Newcastle disokong Saudi

Newcastle United menyatakan pada Rabu bahawa cadangan pengambilalihan kelab itu yang disokong Arab Saudi kini ditolak Liga Perdana.

Anggaran Waktu Membaca:
Liga Perdana tolak pembelian Newcastle disokong Saudi
Diterbitkan : 10 Sep 2020 09:56AM Dikemas Kini : 10 Sep 2020 10:02AM

LONDON: Newcastle United menyatakan pada Rabu bahawa cadangan pengambilalihan kelab itu yang disokong Arab Saudi kini ditolak Liga Perdana.

Kumpulan pelaburan itu termasuk Tabung Pelaburan Awam Arab Saudi (PIF), PCP Capital Partners dan adik beradik bergelar hartawan David dan Simon Reuben, berkata mereka menarik diri daripada bidaan untuk kelab berkenaan pada Julai selepas berbulan-bulan menantikan kelulusan liga utama England itu.

Perjanjian bernilai £300 juta (S$533 bilion) untuk membeli kelab itu daripada pemilik Mike Ashley dipersetujui pada April.

Bagaimanapun usaha berkenaan mendapat perhatian berhubung akses penyiaran secara haram termasuk perlawanan Liga Perdana di Saudi dan rekod hak kemanusiaan negara berkenaan.

Amanda Staveley dari PCP Capital Partners berkata apabila bidaan itu ditarik balik, Liga Perdana mahukan pihak Arab Saudi menjadi pengarah kelab kerana PIF tidak dianggap sebagai sebahagian daripada kerajaan.

"Newcastle United boleh mengesahkan bahawa Liga Perdana telah menolak pengambilalihan dibuat PCP Capital Partners, Reuben Brothers dan Tabung Pelaburan Awam Arab Saudi (PIF) berdasarkan ujian Pemilik dan Pengarah," menurut Newcastle dalam satu kenyataan. 

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan