Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Liga Perdana S'pura sambung semula 17 Okt selepas digantung 6 bulan

Musim Liga Perdana Singapura (SPL) akan disambung semula pada Sabtu depan (17 Okt) selepas digantung lebih enam bulan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Oct 2020 10:05PM Dikemas Kini : 09 Oct 2020 10:32PM

SINGAPURA: Musim Liga Perdana Singapura (SPL) akan disambung semula pada Sabtu depan (17 Okt) selepas digantung lebih enam bulan.

Namun, langkah-langkah jarak selamat akan dikuatkuasakan dengan tanpa kehadiran para penonton.

Para pemain dan pegawai juga diasingkan dengan masa ketibaan dan keberangkatan mereka diasingkan.

Kesemua 223 kakitangan yang terlibat dengan liga itu juga perlu menjalani ujian COVID-19 dengan kesemuanya diuji negatif hujung minggu lalu.

Ujian ke atas mereka akan dijalankan setiap dua minggu untuk membendung penularan COVID-19.

Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Edwin Tong berkata ini penanda penting dalam usaha menyambung semula kegiatan-kegiatan sukan dengan selamat di Singapura.

Sumber : CNA/RU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan