Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Liga Perdana S'pura naikkan kuota pemain asing bagi musim 2020

Kelab-kelab Liga Perdana Singapura boleh membawa masuk sehingga empat pemain asing bagi musim 2020 berbanding tiga pemain tahun ini, menurut Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) hari ini (28 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Liga Perdana S'pura naikkan kuota pemain asing bagi musim 2020

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 28 Nov 2019 04:22PM Dikemas Kini : 28 Nov 2019 04:24PM

SINGAPURA: Kelab-kelab Liga Perdana Singapura boleh membawa masuk sehingga empat pemain asing bagi musim 2020 berbanding tiga pemain tahun ini, menurut Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) hari ini (28 Nov).

Seperti musim 2019, jika sesebuah kelab membawa masuk jumlah maksimum pemain asing, salah seorang daripada mereka perlu berusia 21 tahun ke bawah pada 1 Januari 2020.

Pasukan daripada Brunei, DPMM FC muncul sebagai pemenang musim liga 2019.

Sembilan kelab bertanding dalam liga itu iaitu tujuh kelab Singapura, kelab Jepun Albirex Niigata dan DPMM FC.

LIGA BAWAH-21

Sebuah liga bawah-21 yang baru juga akan dilancarkan pada 2020. Ia akan membantu para pemain mengurangkan jurang antara pasukan belia (bawah-15 dan bawah-17) dan peringkat kanan, FAS menyatakan.

Persatuan itu mengumumkan perubahan tersebut setelah berunding dengan ahli bola sepak termasuk jurulatih daripada kelab-kelab SPL, sekolah dan pasukan belia.

"Kami sudah mengambil kira cadangan membina yang boleh menyumbang kepada perkembangan dan kebaikan bukan sahaja bagi liga kami tetapi juga kepada pembangunan teknikal para pemain kami," kata pengarah teknikal FAS Joseph Palatsides.

"Saya percaya dengan melaksanakan dua perubahan ini, ia akan dapat terus memperkukuhkan usaha yang sudah dilakukan bagi memajukan sukan bola sepak Singapura."

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan