Images
  • SPL match
    (Gambar: Mediacorp)

Liga Perdana S'pura 2021 dilanjutkan seminggu selepas kes COVID-19 dikesan dalam kalangan pemain

SINGAPURA: Musim Liga Perdana Singapura (SPL) 2021 akan dilanjutkan sekitar seminggu lagi selepas kes COVID-19 dikesan dalam kalangan pemain di dua kelab bola sepak minggu lalu.

Pusingan akhir perlawanan bagi musim ini yang pada awalnya dijual berakhir pada 2 Oktober, kini tamat pada 10 Oktober dengan pusingan terakhir melibatkan empat perlawanan, menurut Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dan SPL dalam satu kenyataan media pada Selasa (21 Sep).

"Ini perlu dilaksanakan bagi memastikan protokol sewajarnya yang ditetapkan dipatuhi sepenuhnya bagi melindungi kesihatan dan keselamatan semua pemain, pegawai dan kakitangan Liga."

Keputusan itu dibuat selepas "rundingan bersama kelab-kelab yang mengambil bahagian", katanya.

Jadual perlawanan terkini adalah seperti berikut:


Dua kes COVID-19 berkenaan melibatkan kelab Balestier Khalsa dan Geylang International. Mereka dikesan semasa ujian swab wajib berkumpulan mingguan yang perlu dijalani setiap pemain dan pegawai SPL.

"Pasukan masing-masing kemudian segera menjalani pengasingan sendiri dan sesi latihan mereka digantung selama 10 hari, yang menyebabkan perlawanan pusingan akhir bagi September ditunda," menurut SPL dan FAS.

Geylang International akan menyambung semula latihan pada Selasa sementara Balestier Khalsa akan berbuat demikian pada 28 September.

SPL dan FAS juga menambah bahawa pelan kecemasan dilaksanakan bagi memastikan musim kali ini dapat berjalan lancar sementara membolehkan persiapan bagi Pasukan Negara Bawah 22 Tahun dimulakan tepat pada waktu menjelang pusingan kelayakan Piala Asia AFC 2022 Bawah 23 tahun yang akan berlangsung pada 22 hingga 31 Oktober.

- CNA/HA/ha

Top