Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Liga Perdana: Man U jinakkan Bournemouth 2-1

Pemain gantian Manchester United, Marcus Rashford, menjaringkan gol di masa tambahan untuk menewaskan Bournemouth 2-1 dan merapatkan jurang ke empat tangga teratas dalam perlawanan mendebarkan Liga Perdana pada Sabtu (3 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Liga Perdana: Man U jinakkan Bournemouth 2-1

Pemain Manchester United Marcus Rashford meraikan gol 2-1 ke atas Bournemouth (Gambar: Ben Stansall/AFP)

Diterbitkan : 03 Nov 2018 11:59PM Dikemas Kini : 04 Nov 2018 12:05AM

REUTERS: Pemain gantian Manchester United, Marcus Rashford, menjaringkan gol di masa tambahan untuk menewaskan Bournemouth 2-1 dan merapatkan jurang ke empat tangga teratas dalam perlawanan mendebarkan Liga Perdana pada Sabtu (3 Nov).

Callum Wilson menjaringkan gol pembukaan perlawanan bagi Bournemouth pada minit ke-11. Namun Anthony Martial menyamakan kedudukan dengan jaringan pada minit ke-35. Rashford kemudian membawa kemenangan bagi United dengan satu tendangan jarak dekat.

Pertahanan United yang goyah menyaksikan Bournemouth membuat tiga percubaan gol. Wilson menggembirakan penyokong pasukan tuan rumah dengan merembat masuk jantaran Junior Stanislas bagi gol pertama perlawanan.

Martial menyamakan kedudukan menerusi tendangan hebat dari jarak 11 meter. Ini sekaligus suatu kejayaan menjaringkan gol dalam empat perlawanan besar berturut-turut, buat pertama kali dalam kerjayanya.

Tanpa khidmat pemain penyerang Belgium Romelu Lukaku, Martial terus menggasak pemain lawan sedang United meningkatkan tekanan ke atas Bournemouth dengan menggantikan Juan Mata dan Fred dengan Ander Herrera dan Rahsford.

Man U gagal memanfaatkan beberapa percubaan pada separuh kedua perlawanan, namun Rashford akhirnya berjaya menyambut tendangan Paul Pogba dan membolosi penjaga gawang Asmir Begovic.

Selepas pertarungan itu, Man U berada di tangga ketujuh, sementara Bournemouth pula di tangga keenam, walaupun kedua-duanya berkongsi 20 mata.

Dalam perlawanan seterusnya, Bournemouth akan berentap dengan Newcastle sementara Manchester United bertarung dengan Manchester City.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan