Images
  • salah
    Mohamed Salah. (Gambar: Ben Stansall/AFP)

Liga Perdana England: Liverpool belasah Arsenal 3-1

LONDON: Liverpool mengukuhkan kedudukannya di tangga liga selepas menundukkan Arsenal 3-1 di Anfield.

Joel Matip membuka tirai jaringan Liverpool, sejurus sebelum masa rehat.

Sekali lagi Mohamed Salah membuktikan kehandalanya dalam perlawanan ini dengan menjaringkan dua gol, salah satunya hasil tendangan penalti.

Arsenal memperoleh gol sagu hati, lima minit sebelum wisel penamat.

Dengan ini Liverpool, satu-satunya pasukan yang meraih sembilan mata penuh dari tiga perlawanan.

- REUTERS/MM/na

Top