Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Liga Perdana England ambil tindakan guaman terhadap saluran cetak rompak

Liga Perdana England melantik seorang peguam untuk mengambil tindakan terhadap saluran haram 'beoutQ' di Arab Saudi.

Anggaran Waktu Membaca:
Liga Perdana England ambil tindakan guaman terhadap saluran cetak rompak

Perlawanan terakhir Piala Dunia 2018 yang disiarkan secara haram oleh beoutQ. (Gambar: beIN Media Group/Reuters)

Diterbitkan : 19 Jan 2019 02:46PM Dikemas Kini : 19 Jan 2019 03:00PM

LONDON: Liga Perdana England melantik seorang peguam untuk mengambil tindakan terhadap saluran haram 'beoutQ' di Arab Saudi.

Saluran itu dituduh oleh Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), badan-badan pentadbir tenis dan pertubuhan-pertubuhan sukan lain menyiarkan kandungan mereka secara haram, sambil menyatakan bahawa hak eksklusif di Timur Tengah hanya diberikan kepada stesen penyiar beIN Sport yang berpangkalan di Qatar.

BeIN Sports mempunyai hak untuk menyiarkan perlawanan Liga Perdana England serta sukan-sukan lain di Timur Tengah dan Afrika Utara.

"Liga Perdana England sudahpun melantik seorang peguam di Arab Saudi untuk memulakan proses mengenakan tindakan guaman terhadap pihak-pihak yang terbabit dalam kegiatan cetak rompak itu," menurutnya dalam satu kenyataan pada Jumaat (18 Jan).

BeoutQ muncul pada 2017 selepas Arab Saudi dan sekutunya memulaukan Qatar dari segi diplomatik dan bidang perdagangan, sambil menuduh negara berkenaan sebagai penyokong pengganasan. Negara itu bagaimanapun menolak dakwaan tersebut.

BeoutQ boleh diperolehi di Arab Saudi namun menurut Riyadh, ia tidak berpangkalan di negara itu. Pihak berkuasa juga komited terhadap usaha membanteras kegiatan cetak rompak, dengan mengumumkan bahawa ia sudah merampas 12,000 peralatan cetak rompak pada Jun lalu.

Buat masa ini, belum jelas siapakah yang memiliki atau mengendalikan saluran itu.

Pada minggu lalu, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) juga menyatakan ia sedang mengambil tindakan terhadap beoutQ kerana menyiarkan secara haram perlawanan Piala Asia.  

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan