Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Liga Perdana buka pejabat antarabangsa pertama di Singapura

Pejabat antarabangsa pertama Liga Perdana dibuka di Singapura pada Isnin (14 Jan) sedang badan bola sepak itu meningkatkan usaha membasmi cetak rompak.

Anggaran Waktu Membaca:
Liga Perdana buka pejabat antarabangsa pertama di Singapura

Perlawanan antara Man Utd dan Tottenham pada 13 Jan 2019 (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 16 Jan 2019 12:23AM Dikemas Kini : 16 Jan 2019 12:24AM

SINGAPURA: Pejabat antarabangsa pertama Liga Perdana dibuka di Singapura pada Isnin (14 Jan) sedang badan bola sepak itu meningkatkan usaha membasmi cetak rompak.

"Pejabat tersebut akan menyediakan pangkalan bagi rantau Asia Pasifik dan sebab utama ia ditubuhkan adalah untuk membasmi tindakan mencetak rompak kandungan Liga Perdana dan menyokong rakan-rakan penyiar," menurut laman Liga Perdana.

Badan itu menambah bahawa pejabat baru di Tanjong Pagar itu menguatkan lagi komitmennya kepada para peminat di Singapura dan rantau ini.

Kelab-kelab Liga Perdana England mempunyai jutaan peminat di Asia dan penganjur pertandingan bola sepak itu mempunyai sejumlah perjanjian kontrak dengan penyiar-penyiar di rantau ini.

Singapura dipilih sebagai pejabat barunya kerana ia mempunyai "salah satu struktur undang-undang paling maju, berkesan dan berpengaruh di rantau ini dengan sejarah panjang dalam mengiktiraf hak harta intelek," menurut satu catatan di laman Liga Perdana.

"Singapura menyediakan lokasi baik bagi pejabat antarabangsa kami yang pertama dan kami berharap untuk menggunakan pangkalan ini untuk menyokong banyak rakan penyiar kami di rantau ini," menurut pengarah penyiaran Liga Perdana Paul Molnar.

"Sama penting juga adalah kami mengerahkan sumber dan kemahiran tempatan untuk membanteras ancaman cetak rompak yang semakin berleluasa yang menjejas semua pihak berkepentingan dalam industri kreatif."

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan