Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Liga Perdana: Aguero jaring 4 gol, City kini 16 mata di depan

Sergio Aguero menjaringkan empat gol pada separuh masa kedua bagi membantu Manchester City terus mendahului Liga Perdana England dengan kemenangan 5-1. 

Anggaran Waktu Membaca:
Liga Perdana: Aguero jaring 4 gol, City kini 16 mata di depan

Sergio Aguero menjaringkan empat gol pada separuh masa kedua bagi membantu Manchester City terus mendahului Liga Perdana England dengan kemenangan 5-1 menentang Leicester semalam (10 Feb). (Gambar: PAUL ELLIS/AFP)

Diterbitkan : 11 Feb 2018 09:20AM Dikemas Kini : 11 Feb 2018 09:25AM

LONDON: Sergio Aguero menjaringkan empat gol pada separuh masa kedua bagi membantu Manchester City terus mendahului Liga Perdana England dengan kemenangan 5-1 menentang Leicester semalam (10 Feb). Pasukan Pep Guardiola itu kini meninggalkan lawan terdekatnya, Manchester United dengan kelebihan 16 mata.

Aguero juga kini hanya ketinggalan dua gol di belakang Harry Kane dalam persaingan sengit untuk merebut Anugerah Kasut Emas. Meskipun begitu, jaringan tunggal Kane semalam tetap cukup untuk membantu kelabnya, Tottenham Hotspur memenangi saingan 1-0 ke atas Arsenal, iaitu gol ketujuh buat penyerang itu sepanjang pertemuan kedua-dua pasukan.

Pemain Algeria, Riyad Mahrez kembali beraksi memperkuatkan pasukan The Foxes selepas menamatkan bantahan terhadap tindakan kelabnya menolak perpindahannya ke City sebelum ini.

Namun, City sudah pun berada di depan tatkala Mahrez masuk sebagai pemain gantian sejam selepas perlawanan berlangsung menerusi persembahan hebat Aguero.

Dalam masa hanya tiga minit, City berada di depan menerusi hantaran bola Kevin De Bruyne yang disempurnakan Raheem Sterling yang juga jaringan ke-20nya musim ini. Kelebihan itu bagaimanapun dipadamkan oleh Jamie Vardy dari Leicester pada minit ke-24 selepas melepasi Aymeric Laporte yang baru sahaja dibeli pasukan tuan rumah dengan harga rekod £57 juta (S$105 juta).

Keputusan kekal 1-1 sehingga separuh pertama berakhir.

Leicester seakan hilang arah pada separuh masa kedua untuk menghalang Aguero, apabila pemain Argentina itu menyempurnakan dua umpanan cantik De Bruyne sebelum mengambil peluang kesilapan Kasper Schmeichel bagi melengkapkan hat-tricknya.

Malah, pemain Argentina itu meraih satu lagi gol yang menakjubkan pada minit ke 90 menerusi rembatan pada jarak 20 kaki. 

Keputusan Liga Perdana England:

Everton 3 Crystal Palace 1

Stoke 1 Brighton 1

Swansea 1 Burnley 0

Tottenham 1 Arsenal 0

West Ham 2 Watford 0

Manchester City 5 Leicester 1 

Sumber : AFP/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan