Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Liga Juara-Juara: Liverpool berdepan Barcelona di separuh akhir selepas kalahkan Porto 4-1

Para peminat bola sepak boleh menjangkakan perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara yang menarik antara Barcelona dengan Liverpool, setelah Liverpool pada Rabu (17 Apr) mengalahkan FC Porto 4-1 di padang lawan, memberikan mereka keputusan agregat 6-1.

Anggaran Waktu Membaca:
Liga Juara-Juara: Liverpool berdepan Barcelona di separuh akhir selepas kalahkan Porto 4-1

Sadio Mane jaringkan gol pembukaan Liverpool lawan Porto (Gambar: AP)

Diterbitkan : 18 Apr 2019 08:59AM Dikemas Kini : 18 Apr 2019 09:08AM

PORTO, Portugal: Para peminat bola sepak boleh menjangkakan perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara yang menarik antara Barcelona dengan Liverpool, setelah Liverpool pada Rabu (17 Apr) mengalahkan FC Porto 4-1 di padang lawan, memberikan mereka keputusan agregat 6-1.

Dalam cuaca hujan di Estadio do Dragao, Sadio Mane menjaringkan gol pembukaan bagi Liverpool, hampir setengah jam setelah perlawanan bermula, selepas satu penilaian VAR.

Liverpool sudah berada di kedudukan kukuh selepas kemenangan 2-0 di Anfield bagi pusingan pertama minggu lalu. Namun Liverpool tetap mengasak untuk memburu gol dengan Mohoamad Salah, Roberto Firmino dan Virgil van Dijk terus menambah jaringan bagi pasukan mereka selepas waktu rehat.

Eder Militao menjaringkan gol sagu hati bagi pasukan tuan rumah 21 minit sebelum waktu penamat. Bagaimanapun ia tidak dapat menyelamatkan FC Porto yang pernah mengalami kekalahan 5-0 di padang sama juga di tangan pasukan Liverpool setahun lalu.

Liverpool kini melangkah ke separuh akhir untuk berdepan dengan Barcelona yang diketuai Lionel Messi. Ini merupakan perlawanan pertama antara kedua-dua pasukan sejak musim 2006/2007 pusingan 16 pasukan terbaik, apabila Liverpool menang melalui gol di padang lawan.

Impian menggondol kedua-dua Liga Juara-Juara dan Liga Perdana England tetap ada bagi Liverpool dan para penyokongnya, yang jelas semangatnya tidak sedikit pun terjejas oleh cuaca buruk di River Douro.

Ini merupakan kemenangan perlawanan ke-17 dan kelapan berturut-turut buat Liverpool, namun Barcelona dijangka akan memberi cabaran lebih hebat berbanding Porto.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan