Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Liga Juara AFC, Piala AFC akan diteruskan tahun ini

Pertandingan-pertandingan bola sepak utama di Asia akan diteruskan tahun ini walaupun di tengah-tengah pandemik COVID-19, kata seorang pegawai kanan kepada AFP, meskipun perlawanan-perlawanannya mungkin diadakan secara tertutup.

Anggaran Waktu Membaca:
Liga Juara AFC, Piala AFC akan diteruskan tahun ini

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 15 Apr 2020 07:36PM Dikemas Kini : 15 Apr 2020 07:38PM

KUALA LUMPUR: Pertandingan-pertandingan bola sepak utama di Asia akan diteruskan tahun ini walaupun di tengah-tengah pandemik COVID-19, kata seorang pegawai kanan kepada AFP, meskipun perlawanan-perlawanannya mungkin diadakan secara tertutup.

Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Windsor John berkata beliau yakin bahawa pertandingan Liga Juara-Juara AFC dan Piala AFC dapat dimuktamadkan.

Kedua-dua pertandingan itu yang akan menampilkan pasukan-pasukan dari seluruh Asia, Asia Tengah dan Timur Tengah digantung sehingga sekurang-kurangnya hujung bulan Jun selepas COVID-19 menjejas teruk pelbagai kejohanan sukan profesional di merata dunia.

"Kedua-duanya akan diadakan pada tahun ini. Masih ada masa," kata Encik John kepada AFP, sambil menambah tarikh baru untuk pertandingan-pertandingan itu akan diketahui pada hujung bulan April.

Namun, Encik John tidak menolak kemungkinan bahawa perlawanan-perlawanan bagi kedua-dua pertandingan itu mungkin diadakan secara tertutup tanpa kehadiran para penyokong "jika itulah yang diperlukan oleh pihak berkuasa kesihatan."

Menurutnya lagi, AFC bertekad untuk meneruskan kedua-dua pertandingan itu "atas sebab-sebab sukan dan bagi memenuhi tanggungjawab komersil".

Beliau memberikan komen itu selepas AFC pada Selasa (14 Apr) mengumumkan penangguhan tanpa tarikh ditetapkan bagi kesemua perlawanan yang dijadual berlangsung pada Mei dan Jun yang disebabkan oleh penularan COVID-19.

Sumber : AFP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan