Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Liga EPL: Everton tewaskan Wolverhampton 3-2

Richarlison menjaringkan dua gol dan Alex Iwobi pula menyumbat gol sulungnya dalam Liga Perdana England (EPL) untuk menghadiahkan Everton kemenangan 3-2 ke atas Wolverhampton Wanderers dalam aksi penuh mendebarkan di Goodison Park, pada Ahad (1 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Liga EPL: Everton tewaskan Wolverhampton 3-2

(Gambar: Andrew Yates/Reuters)

Diterbitkan : 02 Sep 2019 08:23AM Dikemas Kini : 02 Sep 2019 08:27AM

LIVERPOOL: Richarlison menjaringkan dua gol dan Alex Iwobi pula menyumbat gol sulungnya dalam Liga Perdana England (EPL) untuk menghadiahkan Everton kemenangan 3-2 ke atas Wolverhampton Wanderers dalam aksi penuh mendebarkan di Goodison Park, pada Ahad (1 Sep).

Wolves memberikan pasukan tuan rumah Everton gol pembukaan seawal minit kelima menyusuli kesilapan di bahagian pertahanan melibatkan Conor Coady dan penjaga gol, Rui Patricio dengan Richarlison tidak mensia-siakan peluang berkenaan.

Empat minit kemudian, Everton tampak seperti melakukan kesilapan sama apabila hantaran rendah Adama Traore ke petak penalti gagal dikawal baik oleh pemain pertahanan Seamus Coleman yang memberi peluang kepada Romain Saiss untuk menyamakan kedudukan.

Tiga minit kemudian, Iwobi kembali memastikan pasukan tuan rumah berada di hadapan apabila beliau memanfaatkan tandukan Gylfi Sigursson untuk sekali lagi menewaskan Patricio.

Selepas berjaya melayakkan diri ke peringkat kumpulan Liga Europa Khamis lalu hasil kemenangan 5-3 secara agregat ke atas Torino, Wolves yang tampak sedikit lesu kembali menyamakan kedudukan pada babak kedua menerusi Raul Jimenez.

Bagaimanapun, Richarlison mengesahkan tiga mata buat Everton apabila menyumbat gol kemenangan pada minit ke-80 ketika beliau bijak memperdaya pemain pertahanan Wolves, Willy Boly.

Peluang Wolves untuk bangkit kemudian terkubur selepas Boly dilayangkan kad kuning kedua yang menyaksikan Everton bertahan untuk meraih kemenangan.

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan