Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Liga Bola Sepak M'sia potong gaji kakitangan antara 10-20% jika PKP dilanjutkan

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengambil keputusan untuk melaksanakan pengurangan gaji kakitangan antara 10 hingga 20 peratus bermula bulan ini sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berakhir 14 April ini, dilanjutkan ke satu tempoh baru disebabkan oleh penularan pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Liga Bola Sepak M'sia potong gaji kakitangan antara 10-20% jika PKP dilanjutkan

(Gambar: Malaysia Football League/Facebook)

Diterbitkan : 05 Apr 2020 09:16AM Dikemas Kini : 05 Apr 2020 09:31AM

KUALA LUMPUR: Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengambil keputusan untuk melaksanakan pengurangan gaji kakitangan antara 10 hingga 20 peratus bermula bulan ini sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berakhir 14 April ini, dilanjutkan ke satu tempoh baru disebabkan oleh penularan pandemik COVID-19.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL Ab Ghani Hassan dalam kenyataan hari ini (5 Apr) memaklumkan, keputusan berkenaan dicapai hasil mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah yang dipengerusikan Presiden Hamidin Mohd Amin menerusi persidangan video Isnin lalu.

Ab Ghani menjelaskan keputusan tersebut terpaksa diambil sebagai langkah penjimatan selepas pihak pengurusan mengambil kira setiap aspek dengan teliti, terutama kesan ekonomi yang melanda dunia akibat pandemik tersebut.

“MFL percaya langkah berkenaan adalah yang terbaik dalam usaha untuk terus menjaga kebajikan kakitangan, walaupun ia sesuatu yang berat untuk dilaksanakan oleh pihak pengurusan.

“MFL juga percaya semua kakitangan memahami keputusan yang diambil, dan akan terus bersama mengharungi detik mencabar ini demi bola sepak Malaysia,” kata Ab Ghani.

MFL dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini mengambil keputusan menangguhkan semua aktiviti bola sepak di bawah kelolaan mereka sejak 16 Mac lalu sebagai menghormati pelaksanaan PKP oleh kerajaan dalam membendung penularan wabak COVID-19.

Sumber : Bernama/AW/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan