Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Lewis Hamilton juara dunia F1 keenam kali

Pelumba Formula One (F1) pasukan Mercedes, Lewis Hamilton dinobat juara dunia F1 sebanyak enam kali meskipun Grand Prix Amerika dimenangi oleh rakan sepasukannya Vallteri Bottas pada Ahad (3 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Lewis Hamilton juara dunia F1 keenam kali

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 04 Nov 2019 12:05PM Dikemas Kini : 04 Nov 2019 12:14PM

TEXAS: Pelumba Formula One (F1) pasukan Mercedes, Lewis Hamilton dinobat juara dunia F1 sebanyak enam kali meskipun Grand Prix Amerika dimenangi oleh rakan sepasukannya Vallteri Bottas pada Ahad (3 Nov).

Pelumba Britain berusia 34 tahun itu menduduki tempat kedua dalam perlumbaan di litar Circuit of the Americas, Texas.

Hamilton kini pelumba kedua setelah Michael Schumacher untuk meraih enam gelaran juara dunia F1.

Sementara itu, pelumba Red Bull Max Verstappen menduduki tempat ketiga dalam GP Amerika manakala pelumba Ferrari, Charles Leclerc terpaksa berpuas hati di tempat keempat.

Hamilton kini perlu satu lagi kejuaraan F1 untuk menyaingi rekod Michael Schumacher yang kekal di tempat pertama dengan tujuh kejuaraan.

Perlumbaan seterusnya akan diadakan di Brazil (18 Nov) dan di Abu Dhabi (1 Dis).

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan