Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Lewis Hamilton dipilih pemandu terbaik 2018

Lewis Hamilton mendapat undian tertinggi daripada para ketua pasukan F1 sebagai pemandu terbaik 2018. Demikian menurut agensi berita Daily Express.

Anggaran Waktu Membaca:
Lewis Hamilton dipilih pemandu terbaik 2018

Pemandu Mercedes Lewis Hamilton. (Gambar AP /Wong Maye-E)

Diterbitkan : 06 Dec 2018 12:01PM Dikemas Kini : 06 Dec 2018 12:04PM

LONDON: Lewis Hamilton mendapat undian tertinggi daripada para ketua pasukan F1 sebagai pemandu terbaik 2018. Demikian menurut agensi berita Daily Express.

Ini bermakna, kekecewaan yang berlanjutan bagi Sebastian Vettel yang diundi hanya sebagai pemandu ketiga terbaik di belakang Max Verstappen tahun ini.

Hamilton memenangi kejuaraan dunia kelimanya dengan mudah, menewaskan pemandu Ferrari Vettel dengan 88 mata, lapor Daily Express.

Sementara itu, pemandu Red Bull, Verstappen, mengakhiri separuh kedua musim ini dengan meyakinkan, untuk menduduki tempat keempat.

Menurut Daily Express lagi, para ketua pasukan diminta oleh majalah Autosport untuk memberi rating 10 pemandu terbaik pilihan mereka.

Sistem pemarkahan F1 (25-18-15-12-10-8-6-4-2-1) digunakan untuk menilai pemenang.

Antara ketua-ketua pasukan yang mengambil bahagian ialah Toto Wolff, Christian Horner, Cyril Abiteboul, Gunther Steiner, Zak Brown, Otmar Szafnaeur, Fred Vasseur, Franz Tost, dan Claire Williams.

Hamilton muncul pemenang dengan 218 mata - lebih 79 mata berbanding Verstappen dan lebih 113 mata berbanding Vettel.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan