Images
  • screenshot
    Petikan gambar pengguna 'msah' di laman Mudah.my. 

Lelaki ini curi kesempatan cari idaman hati jelang Piala AFF Suzuki

KUALA LUMPUR: Semata-mata kerana menginginkan seorang teman, seorang lelaki sanggup menawarkan tiket perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018 secara percuma melalui wadah online.

Namun, ada syaratnya. Hanya golongan wanita yang belum ada pasangan, boleh mendapatkan tiket percuma daripada lelaki ini.

"Satu tiket untuk wanita 'single' secara percuma untuk teman saya ke stadium pada Selasa ini," tulis 'penjual' tersebut di ruang butiran platform Mudah.my, lapor Astro Awani.

Percubaan media tempatan itu untuk menghubungi lelaki dengan nama penggua 'msah' itu bagaimanapun tidak membuahkan hasil.

Setelah memantau laman web selama beberapa waktu, Astro Awani menyedari pengguna tersebut memadamkan tawaran berkenaan dan sebaliknya menawarkan 'jualan' baru.

"Mencari teman tengok bola final sama-sama," tulisnya.

Pada Ahad (9 Dis), tiket perlawanan habis dijual. Malah, dilaporkan begitu ramai yang membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil di Kuala Lumpur sehingga mencetuskan beberapa insiden termasuk kekecohan.

Sehari sebelumnya, 40,000 tiket dijual dalam talian habis dijual. Selepas penjualan tiket semalam, keseluruhannya 80,000 tiket terjual.

Perlawanan akhir antara Malaysia dengan Vietnam akan berlangsung esok (11 Dis).  

- Agensi berita/AQ/aq

Top