Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Lelaki Colombia bantu kawannya yang buta dan pekak ikuti aksi Piala Dunia

Kehangatan demam Piala Dunia FIFA 2018 semakin terasa dan seorang lelaki Colombia tidak mahu teman beliau ketinggalan mengikutinya.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki Colombia bantu kawannya yang buta dan pekak ikuti aksi Piala Dunia

(Gambar: @staronline/ Twitter)

Diterbitkan : 01 Jul 2018 10:57PM Dikemas Kini : 01 Jul 2018 11:03PM

COLOMBIA: Kehangatan demam Piala Dunia FIFA 2018 semakin terasa dan seorang lelaki Colombia tidak mahu teman beliau ketinggalan mengikutinya.

Warga Colombia Cezar Daza menunjukkan kepada dunia internet keindahan sukan tersebut dengan membantu rakannya yang buta dan pekak menikmati kemenangan negara mereka setelah berjaya menewaskan Poland.

Jose Richard Gallego kehilangan pendengaran dan penglihatannya akibat satu penyakit yang menyerangnya ketika berusia sembilan tahun. Demikian dilaporkan Sky News Britain pada Isnin lalu (25 Jun).

Bagaimanapun, ia tidak menghalangnya daripada mengikuti setiap aksi dalam perlawanan yang mana Colombia menewaskan Poland 3-0 kerana bantuan rakan baiknya, Daza.

Daza menggunakan beberapa gerak tangan yang unik untuk menggambarkan perlawanan itu kepada rakannya semasa ia sedang berlangsung, sambil mereka berkumpul dengan para peminat lain yang menonton perlawanan yang sama di sebuah bar di ibu kota Bogota.

Beliau meniru posisi para pemain dengan menggerakkan tangan Encik Gallego di atas sekeping papan permainan bolasepak mini di hadapan mereka.

Beliau menggunakan gerak isyarat yang berbeza untuk menggambarkan penalti, sepakan penjuru dan layangan kad merah.

Gallego memberitahu akhbar The Sun dalam bahasa isyarat: "Saya masih ingat sebelum saya menjadi buta, saya sering menonton perlawanan antara Santa Fe dengan Millonarios di televisyen."

Mereka bertemu tiga tahun lalu dan menjadi rapat disebabkan minat mereka terhadap bola sepak, dan Daza mempelajari bahasa isyarat selepas itu.

Video memaparkan interaksi antara mereka menyentuh hati ramai orang di Internet dan ia menjadi viral minggu lalu.

Video tersebut diakhiri dengan Colombia menjaringkan gol dan kedua-dua rakan itu meraikan kemenangan tersebut sebelum mereka berpelukan.

Colombia muncul di tangga teratas Kumpulan H dengan enam mata selepas kemenangan 1-0 ke atas Senegal pada Khamis lepas (28 Jun).

Negara itu akan berdepan dengan England di peringkat kalah mati pada hari Rabu (4 Jun).

Sumber : Agensi berita/NA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan