Images
  • leicester
    (Gambar: AFP)

Leicester setakat seri 0-0 dengan Slavia Prague

PRAGUE: Leicester City hanya mampu mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan semasa menentang Slavia Prague dalam perlawanan pertama bagi 32 pasukan terakhir Liga Europa pada Khamis (18 Feb).

Leicester, yang menduduki tangga ketiga Liga Perdana England (EPL), menguasai separuh masa pertama tetapi juara Republik Czech, Slavia kelihatan lebih berbahaya dalam separuh masa kedua.

"Ia keputusan yang memuaskan buat kami," kata pengurus Leicester, Brendan Rodgers selepas tamat perlawanan.

"Kami berhasil meraih keputusan yang baik untuk dibawa ke perlawanan kedua pada 25 Februari."

Pemain midfield Leicester, Harvey Barnes mengumpan bola untuk Marc Albrighton pada minit pertama perlawanan tetapi rembatannya tersasar.

Barnes sendiri hampir-hampir menjaringkan gol pada minit ke-14 namun percubaannya diselamatkan oleh penjaga gawang, Ondrej Kolar.

Leicester hanya membuat satu perubahan pada pasukan yang menewaskan Liverpool 3-1 pada Sabtu lalu, dengan Luke Thomas, 19 tahun, menggantikan Ricardo Pereira.

- AFP/NA/na

Top