Leicester City benam Arsenal 2-0
Leicester City naik ke tangga kedua setelah mengalahkan Arsenal di Stadium King Power pada Sabtu (9 Nov).
LONDON: Leicester City naik ke tangga kedua setelah mengalahkan Arsenal di Stadium King Power pada Sabtu (9 Nov).
Babak pertama berakhir tanpa jaringan gol.
Pada minit ke-68, Jamie Vardy meletakkan Leicester di hadapan.
Jaringan itu juga merupakan gol Vardy yang ke-11 musim ini.
Sekitar 7 minit kemudian, Vardy membantu dalam jaringan kedua Leicester yang dilakukan oleh James Maddison untuk memastikan kemenangan 2-0 bagi pasukan mereka.
Bagi Arsenal pula, ia merupakan perlawanannya yang keempat berturut-turut tanpa kemenangan dan ia kini menduduki tangga keenam.
Sementara itu, Chelsea pula mengalahkan Crystal Palace.
Tammy Abraham menjaringkan gol pertama dalam babak kedua pada minit ke-52.
Christian Pulisic mengukuhkan kedudukan Chelsea menjadi 2-0 pada minit ke-79.
Kemenangan itu membolehkan Chelsea menggantikan Manchester City di tempat ketiga setidak-tidaknya sehingga malam ini (10 Nov).
City akan bertemu pendahulu liga, Liverpool, lewat malam ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.