Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Legenda Liverpool, Kenny Dalglish, keluar hospital setelah positif COVID-19

Bekas pemain dan pengurus Liverpool, Kenny Dalglish, yang diuji positif virus korona COVID-19, dibenarkan pulang dari hospital, menurut media Britain pada Ahad (12 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Legenda Liverpool, Kenny Dalglish, keluar hospital setelah positif COVID-19

Gambar fail Kenny Dalglish lambai kepada para penyokong Liverpool sebelum perlawanan menentang Manchester United pada 14 Okt 2017 (Gambar: REUTERS/Phil Noble)

Diterbitkan : 12 Apr 2020 09:08PM Dikemas Kini : 12 Apr 2020 09:14PM

REUTERS: Bekas pemain dan pengurus Liverpool, Kenny Dalglish, yang diuji positif virus korona COVID-19, dibenarkan pulang dari hospital, menurut media Britain pada Ahad (12 Apr).

Liverpool pada Jumaat mengumumkan bahawa Dalglish, 69 tahun, dimasukkan ke hospital kerana satu jangkitan. Beliau memerlukan antibiotik intravena tetapi tidak menunjukkan sebarang gejala.

Bekas pemain antarabangsa Scotland itu kini pulang ke rumah di mana beliau diasingkan. Beliau memuji para kakitangan kesihatan Khidmat Kesihatan Nasional (NHS) yang sedang memerangi pandemik yang sudah mengorbankan lebih 108,000 jiwa di seluruh dunia.

"Orang mungkin fikirkan pesakit yang terkenal seperti saya mendapat penjagaan terbaik tetapi semua pesakit di NHS mendapat penjagaan yang terbaik," kata Dalglish kepada The Sunday Post.

"Sebagai sebuah negara, kita bernasib baik untuk memiliki mereka (kakitangan NHS) dan saya harapkan yang terbaik buat mereka yang bertungkus-lumus membantu negara mengharungi pandemik ini."

Dalglish, yang juga bermain untuk Celtic, adalah tokoh yang dihormati di Anfield, setelah memenangi enam kejuaraan Liga Perdana England dan tiga Piala Eropah sebagai pemain sebelum menambah tiga kemenangan liga sebagai pengurus.

Lebih 1.7 juta orang dilaporkan dijangkiti oleh COVID-19 di seluruh dunia, menurut laporan Reuters. United Kingdom mempunyai hampir 79,000 kes dengan 9,875 kematian.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan