Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Legenda bola sepak Argentina Maradona dirawat di hospital Buenos Aires

Legenda bola sepak Argentina Diego Maradona dimasukkan ke hospital bagi pemeriksaan perubatan dan pemeriksaan tersebut tidak berkaitan dengan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Legenda bola sepak Argentina Maradona dirawat di hospital Buenos Aires

Diego Maradona. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 03 Nov 2020 02:07PM Dikemas Kini : 03 Nov 2020 03:01PM

BUENOS AIRES: Legenda bola sepak Argentina Diego Maradona dimasukkan ke hospital bagi pemeriksaan perubatan dan pemeriksaan tersebut tidak berkaitan dengan COVID-19.

Maradona, yang mempunyai sejarah penyalahgunaan dadah dan arak serta tahap kesihatan yang buruk, dianggap berisiko tinggi dijangkiti virus tersebut.

Sebelum ini Maradona pernah mengalami dua serangan jantung dan dijangkiti hepatitis.

Pemenang Piala Dunia 1986 itu yang meraikan ulang tahunnya yang ke-60 minggu lalu dikuarantin selepas pengawal peribadinya menunjukkan gejala jangkitan COVID-19. Bekas kapten pasukan Napoli itu bagaimanapun diuji negatif.

Bekas kapten dan jurulatih Argentina itu kini dirawat di sebuah klinik di La Plata, yang terletak di selatan Buenos Aires di mana beliau menjadi jurulatih kelab Gimnasia.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan