Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Legenda bola keranjang Kobe Bryant dan anak perempuan maut dalam nahas helikopter

Legenda NBA Kobe Bryant terkorban pada Ahad (26 Jan) dalam nahas helikopter di kawasan pinggir bandar Los Angeles, menurut laporan media Amerika Syarikat, dalam satu kemalangan yang disahkan oleh pihak polis.

Anggaran Waktu Membaca:
Legenda bola keranjang Kobe Bryant dan anak perempuan maut dalam nahas helikopter

Kobe Bryant (kanan) bersama anaknya Gianna (Gambar fail: Reuters/Stephen R. Sylvanie-USA TODAY Sports)

Diterbitkan : 27 Jan 2020 08:24AM Dikemas Kini : 27 Jan 2020 08:26AM

LOS ANGELES: Legenda NBA Kobe Bryant terkorban pada Ahad (26 Jan) dalam nahas helikopter di kawasan pinggir bandar Los Angeles, menurut laporan media Amerika Syarikat, dalam satu kemalangan yang disahkan oleh pihak polis.

Anak Bryant, Gianna, 13 tahun, adalah antara sembilan mangsa yang turut terkorban bersama ikon NBA itu, menurut datuk bandar Los Angeles Eric Garcetti, yang mengesahkan khabar itu pada Ahad.

"L.A. turut berduka bersama keluarga Bryant atas pemergian Gianna, yang terkorban bersama bapanya dan rakan-rakan dalam tragedi hari ini," tulis Encik Garcetti di Twitter.

Syerif Los Angeles County Alex Villanueva berkata lapan penumpang dan juruterbang helikopter itu terbunuh dalam nahas tersebut.

Gianna adalah seorang daripada empat anak hasil perkahwinan Bryant dengan isterinya Vanessa.

Bryant dan Gianna sedang dalam perjalanan ke satu perlawanan di mana Gianna dijadualkan bermain apabila helikopter yang dinaiki itu terhempas, menurut laporan media Amerika.

"Keluarga NBA sangat bersedih atas pemergian tragik Kobe Bryant dan anaknya, Gianna," menurut Pesuruhjaya NBA Adam Silver dalam satu kenyataan berasingan.

"(Kobe) seorang yang murah hati berkongsi ilmu yang ditimbanya dan menjadikannya misi beliau untuk berkongsi dengan generasi pemain seterusnya, dan sangat suka berkongsi minatnya terhadap bola keranjang bersama Gianna," tambah Silver.

Laporan awal mengenai pemergian Bryant menggemparkan seluruh dunia, dengan orang-orang ternama serta selebriti amat terkejut dengan berita itu.

Bryant juara lima kali NBA sepanjang kerjayanya yang bermula sejak tamat sekolah tinggi pada 1996 hingga persaraannya pada 2016.

Beliau juga pernah memenangi pingat emas Olimpik sebanyak dua kali, membantu pasukan Amerika meraih gelaran tersebut pada 2008 di Beijing dan 2012 di London.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan