Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Lee Chong Wei tersingkir dari Kejohanan Badminton All England

Cabaran jaguh badminton Malaysia, Datuk Lee Chong Wei dan gandingan Goh V Shem-Tan Wee Kiong berakhir apabila mereka disingkirkan daripada Kejohanan Badminton All England semalam (16 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Lee Chong Wei tersingkir dari Kejohanan Badminton All England

Lee Chong Wei. (Gambar: Getty Images)

Diterbitkan : 17 Mar 2018 10:59AM Dikemas Kini : 17 Mar 2018 11:03AM

KUALA LUMPUR: Cabaran jaguh badminton Malaysia, Datuk Lee Chong Wei dan gandingan Goh V Shem-Tan Wee Kiong berakhir apabila mereka disingkirkan daripada Kejohanan Badminton All England semalam (16 Mac).

Perlawanan dengan musuh lama, Lin Dan dari China kali ini tidak memihak kepada juara bertahan, Chong Wei dengan kekalahan set berturut-turut 16-21, 17-21 dalam masa 52 minit di Birmingham.

Kini, yang menantikan Lin Dan di separuh akhir adalah rakan sepasukannya Huang Yuxiang yang menewaskan H. S Prannoy dari India dalam pertarungan sengit 22-20, 16-21, 21-23, menurut laman web kejohanan bwf.tournamentsoftware.com.

Seorang lagi jaguh badminton China, Chen Long turut ditunjukkan jalan keluar oleh rakan sepasukannya Shi Yuqi dengan kemenangan 10-21, 17-21.

Sementara beregu lelaki, V Shem-Wee Kiong sukar menandingi beregu nombor dua dunia, Mathias Boe-Carsten Mogensen dari Denmark dengan kemenagan set 20-22, 11-21 dalam masa 43 minit.

Boe-Mogensen akan bertemu Hiroyuki Endo-Yuta Watanabe dari Jepun di peringkat separuh akhir.

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan