Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Lebih 80% warga Jepun bantah adakan Sukan Olimpik musim panas: Tinjauan

Lebih daripada 80 peratus rakyat Jepun membantah keputusan mengadakan acara sukan Olimpik pada tahun ini, menurut dapatan daripada satu tinjauan baru yang diterbitkan pada Isnin (17 Mei), dengan hanya 10 minggu sebelum acara Sukan Olimpik Tokyo diadakan.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 80% warga Jepun bantah adakan Sukan Olimpik musim panas: Tinjauan

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 17 May 2021 11:31AM Dikemas Kini : 17 May 2021 11:34AM

TOKYO: Lebih daripada 80 peratus rakyat Jepun membantah keputusan mengadakan acara sukan Olimpik pada tahun ini, menurut dapatan daripada satu tinjauan baru yang diterbitkan pada Isnin (17 Mei), dengan hanya 10 minggu sebelum acara Sukan Olimpik Tokyo diadakan.

Tinjauan terbaru itu diadakan setelah Jepun meluaskan perintah darurat COVID-19 pada Jumaat (14 Mei) bagi membendung gelombang keempat jangkitan virus COVID-19.

Lonjakan itu menambah tekanan pada sistem jagaan kesihatan negara itu, dengan para anggota perubatan berkali-kali memberi amaran tentang kekurangan jumlah tenaga kerja dan keletihan.

Tinjauan hujung minggu oleh Asahi Shimbun itu mendapati bahawa 43 peratus responden mahu acara sukan itu dibatalkan dan 40 peratus mahukan ia ditangguhkan sekali lagi.

Jumlah itu merupakan satu kenaikan berbanding 35 peratus yang menyokong pembatalan acara sukan itu dan 34 peratus yang mahu ia ditangguhkan lagi.

Hanya 14 peratus menyokong acara itu diadakan pada musim panas ini seperti dijadualkan, berbanding 28 peratus sebelum ini berdasarkan 1,527 jawapan daripada 3,191 panggilan telefon.

Jika Sukan Olimpik Tokyo diteruskan, 59 peratus responden tidak mahu sebarang penonton dibenarkan, manakala 33 peratus menyokong keputusan membenarkan jumlah penonton yang lebih rendah dan 3 peratus mahukan jumlah penonton yang biasa.

Selama berbulan-bulan, tinjauan menunjukkan kebanyakan orang di Jepun membantah keputusan mengadakan Sukan Olimpik Tokyo pada musim panas ini.

Sumber : AFP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan